MARA


karangan mengenai perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya.


Saya Muhammad Amir Amirul bin Shuhimi, berumur 18 tahun dan lahir pada 20 April 1993 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tempat tinggal saya beralamat di F.80 Kampung Melayu Seri Kundang, 48050 Rawang, Selangor. Saya mempunyai tiga orang adik- beradik. Saya merupakan anak yang kedua daripada tiga  orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor  pada tahun 2000 sehingga 2001 dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Kundang, Rawang, Selangor pada tahun 2002 sehingga tahun 2005 . setelah tamat zaman sekolah rendah, pada mulanya saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang, Rawang, Selangor. Kemudian saya mendapat tawaran di sekolah berasrama dan menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Di sekolah dahulu, prestasi pelajaran saya biasa sahaja. Alhamdulillah, keputusan yang saya miliki semasa Sijil Pelajaran Malaysia agak memuaskan.

Sebelum ini di sekolah saya memegang jawatan sebagai pegawas sekolah. Saya juga pernah mewakili Selangor untuk perkhemahan kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan. Selain itu, dalam acara sukan pula saya telah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar peringkat daerah. Setelah saya menamatkan zaman persekolahan, saya cuba mencari pengalaman baru dan bekerja di sebuah kilang elektronik. Pelbagai ilmu telah saya pelajari dari rakan- rakan sekerja. Sekarang saya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) dalam program Diploma of engineering technology in marine electrical and electronic. Selepas mendapatkan diploma, saya akan cuba melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula dan akan membalas balik apa yang ibubapa saya telah lakukan untuk saya untuk melanjutkan pelajaran supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.




Nama ayah saya Shuhimi bin Md. Isa. Merupakan seorang penjawat awam. Nama ibu pula Salmah binti Othman. Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kakak saya pula benama Norazirah binti Shuhimi. Merupakan lepasan diploma dari sebuah kolej professional mara.  Nama adik saya ialah Muhammad Amir Asyraf bin Shuhimi. Masih lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang. Saya merupakan seorang yang ceria, boleh menjadi pemimpin dan menjadi contoh yang baik untuk adik saya. Sejak kecil saya bercita-cita ingin menjadi seorang yang berguna dewasa kelak. Jika saya dapat menamatkan pelajaran saya di Universiti Kuala Lumpur (MIMET)  dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mencari kerjaya yang sesuai dengan bidang saya dan bersesuaian dengan apa yang saya pelajari. Saya akan mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk mendapat modal, pengalaman dan insya-Allah jika ada rezeki saya akan menubuhkan sebuah syarikat perkapalan sendiri. Saya akan membuka syarikat berkaitan perkapalan yang dapat melopori satu Malaysia dan mungkin juga di peringkat antarabangsa sambil berusaha membuktikan bahawa bumiputra juga boleh berjaya.

Saya menyimpan setinggi-tinggi harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT meluluskan permohonan pinjaman saya selama 3 tahun pengajian saya di  Universiti Kuala Lumpur (MIMET). Saya memilih MARA  kerana keyakinan saya terhadap MAJLIS AMANAH RAKYAT dan semoga kerjasama dari pihak MARA dapat membantu melancarkan pengajian saya. Akhir kalam kerjasama dari pihak MARA amat saya sanjungi dan hargai. Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan.